JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semakan tawaran kemasukan dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020 akan dimaklumkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sepanjang tempoh PKP dan PKPB, kerajaan telah menetapkan bahawa semua institusi pendidikan ditutup.

“Langkah ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan murid, guru serta warga sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kerajaan telah mengisytiharkan PKP dan PKPB bagi membendung penularan jangkitan Covid-19.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast