Tajuddin Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Kumpulan berkuatkuasa 11 Mei lalu.

Beliau menggantikan Tan Sri Zaharah Ibrahim yang telah meletakkan jawatan pada 7 Mei lepas.

“Lembaga Pengarah dan pengurusan Kumpulan Prasarana mempunyai keyakinan penuh atas kewibawaan dan ketokohan Tajuddin untuk memacu program transformasi sistem pengangkutan awam negara dan memartabatkan perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia yang berkelas dunia, yang diamanahkan kepada kami,” kata Prasarana dalam satu kenyataan di sini.

Prasarana juga merakam penghargaan dan terima kasih kepada Zaharah atas segala khidmat beliau sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast