Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – Selepas 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah daripada Perikatan Nasional (PN) termasuk dua ADUN Bebas, Azman Nasruddin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam), selain empat ADUN Bersatu dilaporkan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi tadi, kini giliran penyokong Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dibenarkan menghadap baginda.

Difahamkan kumpulan kedua akan menghadap baginda jam 3 petang.

“Kumpulan yang menyokong PH termasuk Mukhriz akan menghadap Sultan Kedah, dalam jam 3 petang,” kata sumber kepada MalaysiaGazette.

Kesemua mereka dipercayai dipanggil ke Wisma Darul Aman berikutan krisis politik membabitkan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, ketika ini.

Selasa lalu, dua ADUN PKR, Azman dan Dr Robert Ling mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas serta menyatakan sokongan kepada PN.

Pada hari sama, ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi mengumumkan 19 daripada 36 ADUN Kedah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa pun keputusan nya jgan jadi kan rakyat mangsa politik yg tak menguntung kan rakyat dan negeri .

Comments are closed.