KUALA LUMPUR – Tidak dinafikan, drama Bukan Gadis Biasa kini menjadi bualan hangat kerana berdepan pelbagai kritikan.
Jika sebelum ini menerima kritikan teknik suntingan yang disamakan dengan budak sekolah oleh netizen, kali ini ada netizen yang mempersoalkan mengapa tidak ambil pelakon lama untuk watak wanita tua dalam drama tersebut.
Terkesan dengan komen netizen itu, pengarah drama Bukan Gadis Biasa, Azman Yahya atau Jinggo tampil menjelaskan mengapa dia menggunakan pelakon lebih muda untuk membawakan watak Opah Aminah itu.
Menurutnya, penonton tidak faham bagaimana cara orang industri bekerja.
”Keputusan untuk menggunakan efek solekan bagi watak itu telah pun dipersetujui semua mereka yang terlibat dalam menjayakan drama berkenaan,” tulisnya di Instagram.
Jinggo berkata, lebih mudah untuk mengenakan solekan kepada individu yang berusia 50 tahun berbanding dengan yang berusia 80 tahun.
Jelasnya lagi, pelakon berusia mungkin tidak boleh menghafal dialog yang panjang.
Tambah Jinggo, pihaknya bimbang pelakon berusia akan kepenatan memandangkan babak yang dipegang Opah Aminah bukannya sedikit dan pelakon perlu berada di set hingga lewat malam dan mungkin akan kepenatan sehingga mengganggu proses penggambaran.
Dalam pada itu, Sheila Rusly dilihat turut tampil menjawab kritikan penonton dengan mengatakan sesiapa yang tidak puas hati atau tidak suka supaya tidak menonton drama tersebut. – MalaysiaGazette
alasan merepek…Mak Dara dlm Ibu Mertua ku membaca merangkak2..siap S. Sudarmaji kena baca kan…hafal dialog lg lah teruk spt kata TS P. Ramlee mcm mengasah parang yang karat…tp TS P. Ramlee tetap ambil Mak Dara sebab bakat lakonan dia yg luar biasa…ni semua alasan nak cut cost dan bodohkan penonton…