KUALA LUMPUR – Lebih 12 warga asing disyaki menjadi kontak rapat kepada dua warga asing yang didapati positif Covid-19 di Kawalan Secara Pentadbiran Pudu hari ini.
Mereka dikenalpasti sebagai kontrak rapat itu selepas menjalani ujian saringan pada pagi tadi.
Menurut sumber, kontak rapat itu duduk serumah dengan pesakit positif Covid-19 itu di Jalan Landak, Pudu.
Kesemua mereka dibawa keluar daripada kawasan tersebut dengan dua bas Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Rumah kedai berkenaan bertentangan dengan Kompleks Plaza Pudu di Jalan Landak namun pusat membeli belah itu tidak terlibat dengan sekatan Covid-19 di Jalan Pudu.
Pasukan pegawai kesihatan dilengkapi dengan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) tiba ke lokasi seawal pukul 8 pagi dengan tiga van kesihatan dan memulakan proses saringan pada 9.30 pagi. – MalaysiaGazette