Gopal Sri Ram

KUALA LUMPUR – Kontroversi mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz berhubung tuduhan pengubahan wang haram harus berakhir dengan kenyataan Peguam Negara, kata ketua pendakwa kes itu.

Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pendakwaan terhadap anak tiri Datuk Seri Najib Razak berkata demikian ketika menjawab ringkas mengenai kenyataan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

“Setelah AG (Peguam Negara) membuat pernyataan, itu adalah pengakhiran kepada perkara tersebut ini,” kata bekas hakim itu kepada The Star.

Pada 14 Mei lalu Riza telah dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan tertuduh mencapai persetujuan melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili pendakwaan, membacakan kenyataan kepada mahkamah, bahawa sejak tertuduh didakwa, beliau sudah beberapa kali mengemukakan permohonan representasi.

Sri Ram berkata, selepas representasi itu diteliti dan dipertimbangkan, beberapa keputusan berjaya dicapai.

Katanya, melalui terma yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, Kerajaan Persekutuan akan menerima sejumlah wang bernilai jutaan ringgit.

Artikel berkaitan: Persetujuan lepas tanpa bebas Riza, kerajaan bakal terima semula aset RM465.3 juta

Reaksi Anak Tiri Najib Razak, Riza Aziz Hadir Mahkamah Kuala Lumpur

Mengejutkan, SPRM terus berbohong, dakwa Tommy Thomas

Susulan keputusan mahkamah tersebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan satu kenyataan memberitahu bahawa Malaysia dijangka menerima semula aset-aset di luar negara yang dianggarkan berjumlah AS$107.3 juta (RM465.3 juta) berikutan keputusan bersyarat oleh Mahkamah Sesyen.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mempertahankan kenyataan awal badan itu bahawa keputusan tersebut telah dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Tommy menafikan kenyataan SPRM bahawa beliau terlibat dalam keputusan melepaskan tanpa membebaskan Riza.

Dalam satu kenyataan di sini, Tommy berkata, beliau telah membetulkan kenyataan bohong SPRM pada 14 Mei lalu, bagaimanapun badan pencegahan rasuah itu tetap mempertahankan pendirian mereka.

Tommy merujuk kepada para terakhir kenyataan media SPRM yang menyebut “persetujuan antara pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi di mahkamah ini adalah keputusan yang telah dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas,” yang menurut Tommy amat jelas tidak benar.

“Ini sangat mengejutkan kerana SPRM terus berbohong selepas kebenaran ditunjukkan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan semalam. – MalaysiaGazette

Tommy, Latheefa setuju penyelesaian kes Riza – Peguam Negara

2 Komen

  1. Takpe ma… kes banglo pun boleh tarik balik, ramai terkejut. Ini kes yang terkejut hanya Tom and Atuk95 je. Itu budak tissue bising2 buat apa, dia punya duit hilang pun SPRM belum abis siasat.

Comments are closed.