Anak tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan berhubung pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan penyelewengan dana 1MDB di Mahkamah Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Permohonan pihak pendakwaan untuk melepas tanpa membebaskan Riza Aziz daripada beberapa pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram adalah bersyarat dan kerajaan Malaysia dijangka menerima semula aset-aset di luar negara yang dianggarkan berjumlah USD107.3 juta (RM465.3 juta).

Riza merupakan anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata, pihak pendakwaan berhak untuk mengembalikan pertuduhan dan mendakwa tertuduh sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai.

Artikel berkaitan: Anak tiri Najib lepas tanpa bebas

Dalam persetujuan ini juga, tertuduh dikehendaki membayar sejumlah kompaun kepada kerajaan sebagaimana dibenarkan di bawah Seksyen 92 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Kompaun itu, kata SPRM  adalah bersifat punitif sebagai alternatif kepada pertuduhan-pertuduhan yang telah dikenakan ke atasnya.

“Persetujuan antara pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi di mahkamah ini adalah keputusan yang telah dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas,” kata SPRM.

Riza atau nama sebenarnya Riza Shahriz Abdul Aziz berdepan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilepas tanpa bebas oleh Mahkamah Sesyen pagi tadi.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Ahmad membuat keputusan sedemikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah perkara itu tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Hairan….dia bukan lah dari ahli perniagaan terkemuka sebelum ini malah xsiapa pun tahu siapa dia. Aleh2 punyai hartanah dan pengeluar filem antarabangsa bernilai ratusan jutaan ringgit (billion RM?). Pecah cerita bila DOJ US yg membongkar rahsia – hasil dari duit 1MDB.

    Begitu mudah mereka yg ternama perolihi kekayaan dan kemewahan…..berbanding masih ramai lagi rakyat yg hidup merempat

  2. knapa xsibuk dgn Billionair skelip mata anak2 Madey dan kes rasuah terowong LimGuanEng terlepas
    cmtu aje

Comments are closed.