Penglibatan orang tempatan sebagai pekerja di pasar-pasar borong di ibu kota disambut baik oleh para peniaga di Pasar Borong Selayang.
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati peniaga sangat berbesar hati sekiranya ada orang tempatan mahu bekerja di pasar tersebut.
Seperti peniaga ikan Muhammad Noor Azlan Mahmud, 44, beliau tidak pernah mengambil warga asing untuk membantunya.
Menurut beliau, berdasarkan perkembangan semasa yang menyaksikan ramai warga emas yang dijangkiti positif Covid-19, membuatkan peniaga lain perlu mengambil langkah berwaspada.
Namun beliau berpendapat berkemungkinan penglibatan pekerja tempatan akan mengambil masa kerana perlu melalui beberapa proses termasuk ujian kesihatan terlebih dahulu.