Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. foto SYAFIQ AMBAK, 30 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Dua hari selepas tersebarnya audio Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) 23 Februari, hari ini tular lagi sebahagian lagi audio mesyuarat berkenaan.

Audio berdurasi 56 saat itu memaparkan bahawa dalam mesyuarat itu jelas menunjukkan bahawa terdapat suara yang dipercayai milik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa parti itu sedang memutuskan samada keluar Pakatan Harapan (PH) atau tidak.

“La ni ada satu cadangan iaitu kita keluar daripada Pakatan Harapan, satu cadangan lagi yang datang daripada saya ialah kita tunggu fikir dengan mendalam atau patut ikut yang lain.

“Jadi saya nak tahu samada kita nak keluar sekarang ataupun kita nak bagi masa sedikit kerana pada saya.

The support from UMNO ini is for fickle that kalau bagi masa sedikit sahaja, dia nanti suka kat saya,” kata audio berkenaan.

Perkara itu disambut dengan kata-kata ‘Betul’ daripada ahli-ahli MPT dalam mesyuarat berkenaan.

Ahli-ahli MPT parti itu didapati sebulat suara ingin keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

“Jadi tak ada kelainannya cuma ja saya pun tidak suka kepada DAP, tak suka kepada Anwar yang lain semua pun macam itu.

“Tapi semua itu soal masa sahaja, nak kita tentukan masa ataupun kita ambil tindakan hari ini.

“Kalau nak hari ini, ok hari ini…Hari ini kita keluar daripada Pakatan Harapan,” kata Mahathir sambil menerima tepukan daripada ahli-ahli MPT.

Semalam, Mahathir berkata Bersatu masih bersama PH dan mendakwa keputusan membabitkan parti itu dibuat Muhyiddin secara bersendirian.

Beliau yang mempertahankan jawatan Pengerusi Bersatu selepas tiada pencalonan lain diterima bagi jawatan itu pada pemilihan parti tidak lama lagi, juga mendakwa MPT Bersatu tidak pernah membuat keputusan keluar daripada PH.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Februari lalu mengumumkan Bersatu keluar PH melalui keputusan yang dibuat dalam mesyuarat khas MPT parti berkenaan sehari sebelum itu, sekali gus semua Ahli Dewan Rakyat daripada parti itu juga keluar pakatan berkenaan.

Muhyiddin juga dilaporkan berkata, keputusan terbabit dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Hahahaha akhirnya kau kantoi juga wahai si tokoh lidah bercabang! Ini lah dia rupa sebenar tun madey yg ramai org taktau,atau ada juga yg sengaja buat2 taktau.. tp Allah SAW itu maha berkuasa.. akhirnya terdedah juga warna sebenar madet ni..

  2. Yang bagi press statement Bersatu keluar PH pun dari Marzuki, tidak percaya cari di Youtube apabila Marzuki ditanya oleh wartawan.

Comments are closed.