Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 31 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan 7,009 kes positif Covid-19 dikesan di negara ini sejak Disember tahun lalu.

“Ingin dimaklumkan daripada 31 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 21 kes adalah penularan tempatan di mana 10 kes adalah bukan warganegara Malaysia.

“Sehingga ini terdapat 11 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu 7 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Sejumlah 60 kes dilaporkan telah pulih dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah kumulatif kes discaj adalah 5,706 kes.

Ia menjadikan 81.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes telah pulih sepenuhnya.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan Covid-19 adalah 1,189 kes,” tambah Noor Hisham lagi.

Kes kematian juga tidak direkodkan hari ini berbanding semalam dengan satu kematian dilaporkan.

Berikutan itu, jumlah kematian ekoran wabak Covid-19 masih kekal 114 kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast