KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang seharusnya menggunakan kaedah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu bagi mengawal kenaikan harga barangan sepanjang 22 bulan mentadbir.
“PN seharusnya menggunakan kejayaan PH mengawal kenaikan harga barang sepanjang 22 bulan mentadbir sebagai kayu ukur, dan meneruskan dasar-dasar yang menjaga kemaslahatan dan kebajikan rakyat,” kata PH dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu ditandatangani Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mohd Hatta Ramli dan Naib Presiden DAP, Chong Chieng Jen.
PH juga mahu tempoh pemantauan dan jumlah barangan yang dikawal harganya perlu ditambah.
Kaedah dahulu bukan sahaja dapat mengawal harga barangan pada musim Hari Raya Aidilfitri dalam masa sama tindakan yang pernah dilakukan PH juga didakwa dapat membantu rakyat khususnya yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Perbezaan jumlah barang dan hari kawalan ini cukup memberi kesan kepada harga barangan keperluan akibat permintaan tinggi khusus sekitar musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.
“Pada ketika ramai hilang punca pendapatan malah juga pekerjaan, dibeban pula dengan perbelanjaan besar menjelang Hari Raya, perkara yang paling diharap oleh rakyat adalah Kerajaan yang prihatin dan proaktif menyelesaikan masalah rakya,” kata mereka lagi.
Sehubungan itu, kerajaan digesa untuk meningkatkan jumlah barangan kawalan dan hari kawalan serta segera melaksanakan lagi langkah yang patut untuk menurunkan harga barangan keperluan penting bagi Hari Raya Aidilfitri.
Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan 11 jenis barangan kawalan yang terlibat dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) pada musim perayaan kali ini.
Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata, 11 barangan tersebut termasuk ayam, daging lembu, daging kerbau, telur, daging babi dan kelapa.
Pelaksanaan skim itu melibatkan tiga perayaan iaitu Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, yang akan disambut tidak lama lagi.
Tarikh skim ini berkuatkuasa adalah bermula 20 Mei (Rabu) hingga 3 Jun iaitu selama 15 hari.-MalaysiaGazette
Nampak benar pembohong. PHaruupun berjaya camne kalau harga barang sebelum GST dimansuh dengan selepas sama sahaja. Che Jamil, harga barang tak turun sikitpun bila PHaruupun mansuhkan GST. Che Kiah sedikit pun tidak menikmati pemansuhan ini.
Yang untung itu tauke2 saja che Jamil. Sebab itu PHaruupun hanyalah anjing2 jinak DAP yg menguntungkan tauke2 ini. Tak caya ko tengok la CPI 2017 VS 2018.
Che Jamil, kalau pemansuhan GST itu benar menguntugkan rakyat, CPI akan negatif akibat neutralisation dampak pengenaan GST dari tahun 2015. Cakaplah pakai otak, jangan pakai bont**.
Alah dasar BN dulu pon gak nak ikut, lagi nk suruh org ikut die. Irony
Menteri PH ni buka gerai sendiri di pasar borong jual ikan dan sayur untuk kawal harga. Mana ada menteri buat macam tu. Menteri PH ni palung bagus.