Sebahagian jemaah menunaikan solat Jumaat selepas kerajaan membenarkan semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan berstatus zon hijau menunaikan solat Jumaat, berjemaah, tarawih dan Aidilfitri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 15 MEI 2020

KUALA LUMPUR – “Bersangka baiklah dengan Allah, tiada siapa pun mahupun kesusahan atau wabak ini, kita adalah perancang tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah SWT,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Ajib Ismail.

Mohd Ajib Ismail

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandemik Covid-19 dan dilema umat Islam yang terpaksa menjalani kehidupan gaya baharu, berbeza dengan cara lama termasuk tidak dapat mengimarahkan masjid semasa bulan Ramadan.

“Dalam hidup ini kita memang hendak yang terbaik, kita hendak sihat, kita tidak mahu ada wabak tapi tiba-tiba ada wabak berlaku.

“Kita kena bersangka baik dengan Allah. Kita kena responsif dan proaktif.

“Sebab itulah saya selaku Pengarah Jawi, di peringkat jabatan inilah yang (bertanggung jawab) menutup masjid, surau, sekolah agama di bawah kita,

“Ini bagi mematuhi arahan kerajaan dan inilah yang lebih baik dan ia tidak bertentangan dengan syarak,” tambahnya.

Menurut Mohd. Ajib, bagi menggantikan kemeriahan rumah Allah yang selama ini diserikan dengan jemaah yang ramai, Jawi telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan pelbagai aktiviti di surau dan masjid.

Katanya, selagi ianya tidak melanggar prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), fungsi masjid dan surau tidak akan diabaikan.

“Ini termasuk melancarkan program foodbank, kita memberi makanan telah dimasak kepada frontliners, gelandangan, pihak yang terkesan ketika wabak Covid-19 seperti asnaf, fakir miskin, serta orang kelainan upaya (OKU) yang mana setakat ini sejumlah RM1.3 juta telah dibelanjakan.

“Dana tersebut adalah sumbangan daripada masjid dan surau Jumaat di bawah pengawasan Jawi”, jelasnya.

Selain itu, Jawi juga telah mengarahkan masjid dan surau Jumaat untuk memberi bantuan kepada anak-anak kariah di sekeliling kawasan mereka tanpa mengira agama.

Setakat ini, sejumlah RM1.7 juta telah dibelanjakan dan memberi manfaat kepada puluhan ribu orang.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri diiringi Mohd Ajib Ismail (dua kiri) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Nizam Yahya (dua kanan) menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Program Dapur Al-Itam Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan di Masjid Salahudin Al Ayubi Taman Melati, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 22 APRIL 2020

“Wabak Covid-19 ini mungkin menyebabkan masjid dan surau terpaksa ditutup tetapi ia tidak pernah menghilangkan fungsinya sebagai sebuah pusat untuk menyantuni masyarakat dan membantu negara.

“Fungsi tersebut tidak berubah cuma kaedah yang digunakan adalah berbeza serta dibantu oleh pelbagai aplikasi-aplikasi moden bagi memastikan setiap aktiviti tidak melanggar SOP yang telah ditetapkan,” katanya lagi.

Malah menurut Mohd. Ajib, pandemik ini juga telah memberi ruang kepada pakar-pakar agama untuk meneroka perkara-perkara baharu yang seiring dengan kepantasan teknologi tetapi masih tidak bertentangan dengan syarak.

Antaranya adalah pernikahan secara sidang video yang dipelopori oleh Jawi sendiri.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Dulu ada yang panggil betina DAP buat aktiviti politik dalam dewan solat utama sebuah masjid/surau, beri bantuan ke apa? Hangpa tak check betina tu datang bulan ke tidak? Demi sumbangan politik @berpoliti kebencian hangpa biarkankan kafir2 ini berpolitik didalam dewan solat utama!

    Sekarang bila Allah SWT lockdown masjid/surau2 semua orang mendapat susah!

    Mungkin disebabkan anda Allah SWT MURKA?

    Kah..kah..kah..

  2. Minta la mufti2, ustaz2 atau ustaz2 selebriti nasihatkan orang2 buat drama supaya janganlah lagi buat pengambaran drama2 swasta didalam masjid2 atau didalam mana2 surau!

    Jangan lah buat sambuatan2 hari perkauman seperti sambuatan tahun baru cina disana, ianya tidak sesuai!

    Jangan lah gantung tanglong2, ia amat tidak sesuai, ia bukan tempat budaya atau tempat menanam politik perkauman!

    Masjid2 juga bukan pusat pelancungan untuk menjana ekonomi!

    Jangan lagi, kembalilah kepada asal, RESPECT!!!!!

    Ianya amat mencemarkan!

    Sekarang Allah SWT sudah lockdown tempat2 suci tersebut, semua dapat susah!

Comments are closed.