Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

Kit yang mengandungi panduan umum sambutan hari raya seperti amalan sunat dan wajib sempena hari raya, panduan takbir, solat serta khutbah hari raya.

Kit tersebut pastinya menjadi perkara yang paling diperlukan umat Islam di Malaysia yang bakal menyambut 1 Syawal pada Ahad ini.

Ia boleh dimuat turun dari portal rasmi JAKIM www.islam.gov.my atau klik dipautan https://bit.ly/PanduanHariRayaPKPB.

Kit itu memberi fokus kepada amalan-amalan semasa menyambut Aidilfitri yang dituntut dalam syariat Islam sahaja,  sekali gus memberi pencerahan terhadap kekeliruan dengan amalan tradisi yang sepatutnya ditangguhkan ketika negara dan dunia berhadapan pandemik Covid-19 ketika ini.- MalaysiaGazette