TERKINI : Setiap Tahun Saya Beraya Bersama Frontliners – Dr Noor Hisham

Datuk Dr Noor Hisham menyatakan beliau akan beraya bersama kakitangan hospital pada hari raya pertama Aidilfitri.

Katanya, ia merupakan rutin yang dilakukan saban tahun dan tidak ada beza seperti tahun sebelumnya.

“Setiap tahun sebelum ini, saya sambut raya di hospital pada hari raya pertama dan akan pergi hospital untuk bertemu kakitangan barisan hadapan.

“Raya tahun ini tidak ada beza kerana mungkin saya akan bersolat hari raya di rumah dan pergi ke hospital untuk bersama dengan kakitangan kesihatan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya, di sini hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast