DBKL meneruskan kawalan di sekeliling kawasan tembok Pasar Borong Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan kawalan di sekeliling kawasan tembok Pasar Borong Kuala Lumpur bagi memastikan tiada warga asing yang menggunakan tembok itu sebagai laluan masuk pasar.

DBKL dalam satu kenyataan hari ini menyatakan rondaan dan pemantauan juga dilaksanakan bagi menjaga harta benda di sekitar lokasi, selain memastikan pemilik, pembantu dan pengunjung mematuhi langkah keselamatan, jarak sosial dan kebersihan.

Selain itu, kawalan kenderaan yang memasuki pasar borong itu juga diteruskan dengan saringan suhu di laluan masuk.

Sejumlah 1,395 kenderaan melibatkan lori, kenderaan persendirian, motor dan teksi telah diperiksa pada hari ini dan seramai 1,530 orang telah menjalani saringan kesihatan sewaktu pemeriksaan itu.

Sementara itu, DBKL dengan kerjasama Alam Flora telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh di Pasar Raja Bot, di sini sejak 18 Mei lalu sehingga hari ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast