Pesakit positif Covid-19 kini dikesan mempunyai simptom baru selepas dijangkiti virus itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit yang dijangkiti Covid-19 dikesan menghadapi dua simptom iaitu kelesuan dan hilang deria bau.
“Ada mereka yang ke pejabat, bila diambil suhu, ia normal, tetapi mereka ada kelesuan dan hilang deria bau serta rasa.
“Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum. Adalah penting kalau kita ambil tindakan, jika kita ada gejala yang nyata seperti demam dan batuk, kita pakai topeng muka dan jangan datang ke pejabat.