Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) memberi kelonggaran kepada para pelajarnya yang terkesan dengan musibah banjir.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi universiti pertama di negara ini tersenarai sebagai finalis untuk dua penganugerahan antarabangsa.

Anugerah tersebut ialah Anugerah Green Gown Antarabangsa yang mana UIAM dikategorikan dalam Institusi Lestari Terbaik Dunia dan Anugerah Menafaatkan Masyarakat (Benefitting Society) menerusi program LIGHT (Leadership, Intuititive, Giving, Humility, Tenacity) yang dianjurkan oleh Kulliyyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (KAED).

Anugerah tersebut mendapat sokongan dari United Nation(UN) Environment, International Association of Universities (IAU) dan The Association of Commonwealth Universities(ACU).

UIAM dalam senarai akhir bersama 12 universiti yang lain termasuk dari Australia, Britain, Columbia, Mexico dan Peru.

Senarai tersebut dikeluarkan di laman sesawang organisasi tersebut pada 26 Mei 2020.

Ia juga adalah pengiktirafan yang tertinggi diberikan kepada institusi pengajian tinggi yang menjalankan usaha kelestarian bagi mencapai objektif kelestarian global PBB.

Anugerah Green Gown ini diberikan kepada universiti dari seluruh dunia sebagai pengiktirafan atas usaha yang dijalankan dalam membangunkan kelestarian didalam negara sendiri dan yang memberikan impak kesejahteraan untuk komuniti setempat.

Manakala untuk anugerah memanfaatkan masyarakat disenarai pendek dan program yang dianjurkan adalah sebahagian dari program ‘flagship’ UIAM yang menjadi pendokong kepada proses transformasi UIAM untuk kelestarian.

Program tersebut membawa pendekatan komuniti di mana para pelajar dan ahli akademik yang terdiri dari pelbagai disiplin terlibat dalam program-program komuniti dalam menghasilkan produk warisan budaya di sekitar Gombak.

Ia juga sebagai salah satu platfom pembelajaran yang sangat dinamik bagi para pelajar untuk menerapkan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi di dalam kelas ke dunia luar.

Menurut Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, ini adalah satu pengiktirafan yang besar buat universiti ini dalam usaha untuk melakukan transformasi institusi untuk kelestarian.

“Transformasi ini adalah untuk mencapai tiga objektif utama, iaitu untuk menjadikan UIAM sebagai institusi yang lestari dan sejahtera serta memperkasakan masyarakat sekitar.”Katanya.

Pemenang tahun ini akan diumumkan pada 8 Julai 2020 bersempena dengan United Nations High Level Political Forum yang dilakukan secara maya.

Terdahulu, UIAM telah mendapat satu pengiktirafan dari PBB sebagai peneraju Pusat Kepakaran Serantau atau ‘Regional centre of Expertise’(RCE) dari United Nation University yang diberi nama RCE Greater Gombak yang menekankan konsep bekerjasama dengan komuniti demi kelestarian bersama.

Penganugerahan tersebut diberikan oleh The Environmental Association for Universities and Colleges (EAUC).

EAUC adalah sebuah badan organisasi yang berpengkalan di United Kingdom(UK) yang mempunyai lebih 220 keahlian di kalangan universiti dan kolej yang menyokong kelestarian dalam sektor Pendidikan yang tidak terhad hanya di UK. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast