Disiplin rakyat Malaysia semakin tinggi dalam mematuhi SOP ang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Tinjauan Malaysia Gazette di stesen-stesen LRT di sekitar ibu kota mendapati, orang ramai terus mengekalkan arahan dengan memakai penutup mulut dan hidung serta mematuhi penjarakan sosial.
Tiada lagi suasana berasak-asak di stesen-stesen LRT. Lebih 3 bulan menjalani PKP, Rakyat Malaysia berjaya menyesuaikan diri dalam norma baharu ini.
Menjelang 12 hari lagi sebelum tarikh akhir pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada 9 Jun ini, diharapkan norma baharu ini terus menjadi gaya hidup rakyat Malaysia.