Punca jangkitan Covid-19 keatas warga emas adalah berpunca daripada pihak luar.-Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, punca jangkitan Covid-19 keatas warga emas adalah berpunca daripada pihak luar.

Katanya, ia berdasarkan kepada pemantauan yang dibuat oleh pihaknya ke atas kesemua pusat jagaan warga emas yang dijangkiti wabak Covid-19.

“Kita memantau pusat jagaan warga emas dan kita pasti sekarang jangkitan di kawasan itu tidak tinggi hanya 0.2 peratus sahaja.

“Apabila kita kaji jangkitan itu biasanya datang daripada luar, warga emas tidak keluar daripada pusat jagaan tetapi mereka yang datang daripada luar untuk membantu ataupun penjaga mereka kadang membawa jangkitan kepada warga emas,” katanya pada sidang media hari ini.

Pada minggu lalu, sebanyak 23 kes positif dicatatkan membabitkan kluster pusat jagaan warga tua.

Daripada jumlah itu, seramai 13 daripadanya membabitkan warga tua manakala 10 lagi membabitkan petugas dan kakitangan di pusat berkenaan.

Sehingga kini KKM sudah menjalankan saringan di 272 pusat jagaan warga emas seluruh negara.

85 peratus pesakit positif bagi kluster warga emas adalah mereka yang tidak bergejala. – MalaysiaGazette