Gambar pertemuan beberapa pemimpin parti yang menemui Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa krisis politik di negara ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Rafii hari ini memuatnaik gambar yang didakwa pertemuan beberapa pemimpin parti yang menemui Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa krisis politik di negara ini.

Menurutnya, dalam gambar itu Mahathir dikatakan sedang meneliti senarai nama cadangan Kabinet baharu tanpa penyertaan DAP.

Semasa pertemuan itu, ia dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Datuk Abang Johari Openg dan Datuk Fadillah Yusof.

“Semasa ini Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) tak dijemput,” tulisnya dalam media sosialnya hari ini.

Menurut Rafii, semasa itu, Mahathir dikatakan sudah nekad untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii

Nama bekas Ketua Armada Bersatu itu disebut mungkin kerana beliau antara pihak yang mempertahankan Mahathir dengan mendakwa bekas Perdana Menteri itu tidak pernah bersetuju dengan cadangan menolak PH dari kerajaan.

Difahamkan, gambar itu dirakam pada 23 Februari lalu ketika sebelum wakil gabungan 131 ahli parlimen menyerahkan SD menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri melalui kerajaan Perpaduan Ummah melibatkan UMNO, Pas, Bersatu, GPS, WARISAN dan ahli parlimen bekas PKR.

Tetapi setelah semua ketua parti pergi ke Istana Negara menghadap Yang Dipertuan Agong, Mahathir dikatakan berubah secara tiba-tiba mahu tubuh kerajaan perpaduan dan mahu turut melibatkan DAP.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media, Razlan mengingatkan Mahathir yang negara tidak ada masa bermain politik terutama ketika nasib rakyat berada di dalam ketidaktentuan pendapatan akibat wabak Covid-19.

Razlan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh menegaskan, apa yang dilakukan oleh Mahathir tidak akan menguntungkan rakyat dan negara.

“Pada 7 Mei 2020, Tun Mahathir telah menghantar notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perkara ini dilakukan untuk menggugat kestabilan kerajaan, mewujudkan pergaduhan dan pertelingkahan di antara pemimpin politik dan akhirnya menggulingkan kerajaan Muhyiddin.

Mahathir, dakwanya tidak boleh menerima kenyataan bahawa beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri setelah meletakkan jawatan pada 24 Februari lalu.

Malah, Tun Mahathir sendiri meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

“Namun, sekarang Tun Mahathir seperti manusia yang sudah hilang pedoman. Beliau dengan sedaya upaya mahu menggulingkan Perdana Menteri dan memecat Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu.

Adakah menggulingkan Perdana Menteri dan memecat Muhyiddin sebagai pengerusi parti merupakan satu tindakan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat? Sudah tentunya tidak,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Madey dah nyanyok,pelupa, gila kuasa, tamak haloba( dah byk harta negara dikautnya), dia x suka diperintah tp lbh suka memerintah. Apa yg dia nk lg x tau ler. Nk selamatkan negara konon. Nk selamatkan dr apa? Masa PH jd kerajaan dh brp byk harta negara yg dijual? Knp masa tu madey x bersuara? Adakah dia suka dgn cara DAP memusnahkan kekayaan negara ini. La ni rizab negara dh lbh dr rm1 trilion. Dimanakah benarnya yg dikatakan negara nk muflis dulu. Penipu dan penyangak. Org tua x sedar diri..!!

  2. Atok cakap yang kelebek kertas tu bukan dia, itu NAJIB, yang menyerupai dia tapi bukan dia. Ajip lah yag bersalah bukan dia….

  3. Kami rakyat tak kisah siapa jadi PM, samada UMNO, PAS atau Bersatu!

    Asal bukan DAP dan sekutu2 liberal, LBGT dan anti Islamnya!

    Inilah formula kejayaan PRU15 nanti!

  4. akan jadi sejarah seorang negarawan yang bertukar rupa dari pejuang kepada pemusnah bangsa. sayangnya diakhir hayat perkara songsang menjadi penutup hidupnya.

  5. Ini bukan soal siapa yg mahu sokong siapa.
    Tapi ini soal mandat rakyat.

    Kalau mandat rakyat dinafikan.
    Amanah dikebiri.
    Tak usah nilai dari sudut agama.
    Dari nilai prinsip & keluhuran undang2 saja pun dah dinilai sangat biadab.

    Ingat lah.
    Bila rakyat balik kekampung-kampung utk mengundi.
    Ingatlah bila rakyat beratur berpanas utk menngundi.
    Ingatlah juga bila rakyat bersengkang mata nak tegakkan demokrasi yg bersih & tulin.

    Kemudian .
    Muhyidin sebagai anak pak kiayi khianati.
    Zahid hamidi sebagai anak uztaf kemas khianati.
    Hadi awang berjubah, berserban & punya pondok mendidik anak2 bangsa menjadi pewaris nabi berbuat khianat pada pengundi.

    Apakah ini yg kamu bangga-banggakan.

    قُلِ الْحَقَّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا

    “Katakan kebenaran, sekalipun itu pahit”.

    Beberapa surah yg Allah bagi peringatan kepada orang-orang yg khinat :
    @kerajaan Pakatan Nasional
    @Kerajaan Johor.
    @Kerajaan Melaka.
    @Kerajaan Perak.
    @Kerajaan Kedah.

    1. Surah AlHajj. Ayat 038.
    Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.

    2. Surah AnNisaa’. Ayat 107.
    Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.

    3. Surah Yusuf. Ayat 106.
    Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

    4. Surah AlAnfaal. Ayat 058.
    Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.

    5..Surah AlAnfaal. Ayat 027.
    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

    6. Surah AnNisaa’. Ayat 105.
    Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

    7. Surah Ali’Imran. Ayat 057.

    Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

    8. Surah AlAnfaal. Ayat 071.
    Dan jika mereka (orang-orang tawanan itu) bertujuan hendak melakukan khianat kepadamu, maka sesungguhnya mereka telahpun melakukan khianat kepada Allah (dengan kekufuran mereka) sebelum itu, lalu Allah menjadikan (engkau) mengalahkan dan menundukkan mereka; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    9. Surah Ali’Imran. Ayat 161.
    Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang) dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).

    10. Surah Ali’Imran. Ayat 032.
    Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

    *Seharusnya sesiapapun yang dijulang selaku pemimpin perlu insaf perihal peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila Allah menghimpunkan manusia yang terdahulu dan yang kemudian pada hari kiamat, tiap-tiap orang yang khianat akan diangkat satu panji-panji yang boleh dikenali ramai. Dikatakan kepadanya, Inilah pengkhianatan pulan bin pulan…”* (Hadis riwayat Imam Muslim)

    Jika rakyat tidak mampu menghalang pemimpin yang melakukan khianat, maka lakukan lah dengan membenci mereka@bukan menyokong, kerana kerja yg mereka lakukan itu adalah bersifat Fasiq.
    (Tuan Guru Nik Abdul Aziz)

    Haram gajinya bila YB yg dipilih rakyat melompat keparti lain.
    (YB Uztad Nasruddin Tantawi@ulama pas)

    #janganjemuuntukberiperingatan.

    Jika kamu wahai pengkhianat mandat rakyat beriman akan ada nya pembalasan dari dosa yg kamu lakukan.
    Maka kembalikanlah mandat rakyat.

    Bertandinglah sebagai org yg ada agama.
    Pada pru akan datang.

Comments are closed.