KUALA LUMPUR – Seksyen 124B atau Seksyen 124C Kanun Keseksaan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, SOSMA wajar dilaksanakan sekarang bagi memastikan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen tidak terus mengancam keamanan dan keselamatan negara.
Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, sewaktu Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti hingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh, ramai sekali peguam-peguam pro-PH mencadangkan mereka yang berbuat demikian dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124B atau Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Ini kerana, individu yang terlibat didakwa melakukan atau cuba melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen walaupun tindakan yang lakukan mereka adalah secara sukarela.
”Kini bila Kerajaan PN (Perikatan Nasional) pula cuba diruntuhkan, di mana banyak sekali kedengaran desas-desus mengenai penggunaan unsur-unsur yang tidak dibenarkan oleh undang-undang, dan bukan kepada tindakan sukarela, mengapa pula langsung tiada kedengaran suara-suara yang mendesak supaya mereka yang berbuat demikian dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124B atau Seksyen 124C Kanun Keseksaan ini?,” soal Kamarul Zaman menerusi hantaran Facebooknya.
Seksyen 124B menyatakan: “Barang siapa, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun.”
Manakala Seksyen 124C pula: ”Barang siapa yang cuba melakukan suatu aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 15 tahun”. – MalaysiaGazette
penjarakan jer lah Medey tu 20 tahun..biar dia mampos dalam jail..menyusahkan rakyat jer…
Pn tnggu nk tercyidukk je tu