Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

KUALA LUMPUR – Orang ramai khususnya pemandu kenderaan diseru supaya mengelak daripada membawa kenderaan sekiranya berada di bawah pengaruh alkohol kerana ia boleh menjejaskan fokus pemanduan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim menasihati orang ramai rentetan kes-kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk sejak kebelakangan ini.

“Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hai di jalan raya serta elakkan daripada memandu sekiranya ada meminum alkohol.

“Sikap bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri dengan cara mengelak diri daripada memandu kenderaan sekiranya mabuk dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee di talian 03-2071 9999 atau hotline Polis KL di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata demikian susulan satu insiden melibatkan kemalangan maut seorang penghantar makanan yang dilanggar pemandu mabuk pagi tadi.

Hari ini lebih kurang pukul 1.30 pagi, seorang lelaki berusia 21 tahun yang merupakan suspek dalam kes kemalangan mengakibatkan kematian seorang lelaki Melayu berusia 44 tahun telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

“Dalam perbicaraan itu suspek mengaku tidak bersalah dan tarikh sebutan semula kes adalah pada 1 Julai 2020. Pihak pendakwaraya menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.

“Suspek telah membuat rayuan dan pihak majistret telah membenarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.

“Pihak mahkamah juga telah mengambil lesen memandu suspek dan lesennya akan digantung sehingga kes perbicaraan selesai akibat kesalahan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Dah banyak orang yang mati….pihak Polis Masih merayu supaya jangan memandu jika minum alkohol….???
    Di mana ketegasan?
    Brapa banyak lagi yang harus MATI?
    Mungkin jika berlaku pada ahli keluarga sendiri baru sedar….

  2. Matlamat utama penganjuran pesta OCTOBERFEST dalam mempromosi aktiviti MABUK nampaknya MULA MENDATANGKAN HASIL!

    Lebih banyak kes2 PEMBUNUHAN oleh pemandu2 MABUK dijangkakan akan berlaku dalam tempoh waktu terdekat! Ianya trending!

    Berpesanlah kepada anak2, cucu2, suami2, isteri2 atau ibubapa yang menggunakan jalanraya! Ianya dijadikan medan untuk MEMBUNUH!

    Kepada Hamid Bador teruskan memperingati anggota polis yang bertugas dijalan2raya. Anak buah anda mungkin akan menjadi TARGET utama PEMBUNUH2 ini!

    Hati2!!!

Comments are closed.