Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mempertimbangkan diskaun yuran sehingga 50 peratus kepada semua penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) ekoran ketiadaan pembelajaran secara bersemuka semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, pemberian diskaun itu mampu meringankan beban ibu bapa dan keluarga penuntut yang terkesan disebabkan pandemik Covid-19.

“Selain memberi diskaun, kerajaan juga boleh mempertimbangkan pulangan baki bayaran yuran secara tunai mahupun dibawa ke semester berikutnya untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup dalam kalangan pelajar dan ibu bapa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Dominic lagi, meskipun langkah pemberian diskaun dan pulangan bayaran yuran itu merugikan pihak universiti terutamanya IPT swasta, namun, ia adalah jalan terbaik untuk membolehkan kedua-dua pihak mendapat manfaat bersama.

Disebabkan itu, katanya, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi wajar mempertimbangkan saranan tersebut untuk kepentingan bersama.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai

Katanya, beliau percaya pemberian diskaun dan pulangan bayaran yuran itu mampu menjadi penyelesaian terbaik untuk menggalakkan pelajar terus menghabiskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi biarpun dalam era baharu sekaligus dapat membendung masalah peningkatan pengangguran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast