KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak rugi apa-apa walaupun kalah pada PRU-14 kerana pemimpin-pemimpinnya diberikan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malah, kuasa eksekutif yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah satu pengiktirafan kepada kepada Muafakat Nasional (MN).
Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin berkata, dengan kekuatan jawatan Menteri, Menteri Besar dan jawatan di dalam syarikat milik kerajaan menyebabkan UMNO dan Pas mempunyai kekuatan menentukan kejatuhan atau pengekalan Kerajaan Perikatan Nasional.
Bahkan, katanya, membubarkan Parlimen supaya PRU awal diadakan lebih awal menjadi mantera UMNO kini.
”Dalam bahasa yang mudah, Muhyiddin dan fiksyennya dalam Bersatu bergantung hayat kepada UMNO dan Pas.
“Mampukah Bersatu fiksyen Muhyiddin menentang Pakatan Harapan dan Muafakat Nasional dalam PRU akan datang?,” soalnya.
Kadir membuat pertanyaan itu merujuk kepada pertemuan Datuk Seri Najib Razak di kediaman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.
Pertemuan itu dikongsikan oleh Ahmad Zahid di Facebook beliau.
Menurut Presiden UMNO itu, beliau dan Najib sudah siap siaga untuk PRU15.
”Adakah anda semua sudah bersedia bersama kami?” tanya beliau.
Susulan posting itu, Kadir bertanya adakah UMNO dan BN sudah bersedia menjatuhkan kerajaan Melayu-Islam Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin bagi memaksa PRU ke-15 diadakan lebih awal.
”Atau adakah kedua-dua mereka hendak membayangkan dan meyakinkan penyokong bahawa mereka akan lepas kes jenayah di mahkamah?,” soal Kadir. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Asal tkdk melayu macam hang kadiaq , seronok suka jilat dap ..jd barua .
Dok diam kadiaq..jgn dok jilat pungkuk tun n barua2 park n dap lagi..
Ko ngan tuan ko memang pentingkan diri sendiri untuk berkuasa. Kuasa itu lebih penting dari Agama dan bangsa. BANGSAT seperti species enkoranglah yg jual diri dan maruah kepada DApigs.