Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pelan Pemulihan Jangka Pendek berikutan pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada banyak sektor di negara ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pelan Pemulihan Jangka Pendek esok berikutan pandemik Covid-19 yang menyebabkan banyak sektor terjejas.

Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen dan juga media sosial.

Muhyiddin yang kembali ke pejabat hari ini selepas selesai menjalani kuarantin selama 14 hari akan membuat pengumuman itu pukul 3 petang.

Rakyat Malaysia kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang akan berakhir Selasa ini. – MalaysiaGazette