KUALA LUMPUR – Sinonim dengan imej seksi sejak menceburi dunia hiburan, pelakon dan penyanyi, Kilafairy akhirnya memilih berhijrah dan memakai tudung sempena keberkatan Syawal.
Menerusi Instagram miliknya, Kilafairy berkongsi penampilan terbaharunya itu yang manis dan ayu.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan mula berubah dan menjaga penampilan diri sejak awal tahun ini.
Anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil membuang imej seksi dan memilih pakaian sopan secara perlahan-lahan.
Wanita berusia 28 tahun itu itu sebelum merupakan pelakon filem Karak dan Hoore! Hoore!. – MalaysiaGazette
Alhamdulillah