Majlis Makan Malam Lawatan Sosial Asia Pacific Evergreen Scouts (APES) di sini baru-baru ini membuka tirai Jambori Pengakap Malaysia Ke-14 dan Jambori Keamanan Iternatioal Union Of Muslim Scouts (IUMS) Ke-8.

KUALA LUMPUR – Majlis Makan Malam Lawatan Sosial Asia Pacific Evergreen Scouts (APES) di sini baru-baru ini membuka tirai Jambori Pengakap Malaysia Ke-14 dan Jambori Keamanan Iternatioal Union Of Muslim Scouts (IUMS) Ke-8.

Majlis itu diadakan bagi meraikan delegasi APES yang terdiri daripada pemimpin pergerakan pengakap dari rantau Asia-Pasifik.

Ia disempurnakan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan dihadiri oleh Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral (B) Prof Datuk Dr. Mohd Zin Bidin dan Presiden APES, Mohammad Khalid Ali.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Majlis makan malam diserikan dengan persembahan kebudayaan yang memaparkan keunikan seni dan warisan Malaysia selain santapan makan malam.

Selain itu, pada majlis itu turut diadakan pertukaran cenderamata sebagai simbolik kepada hubungan persahabatan yang erat antara negara-negara terlibat.

“Majlis berkenaan bukan sahaja memperkukuh hubungan persahabatan serantau, malah menjadi platform untuk membincangkan aspirasi bersama dalam memperkasakan pergerakan pengakap sebagai agen perubahan positif untuk pembangunan belia.

Johari dalam ucapannya berkata, majlis menghimpunkan pemimpin dan ahli pengakap dari seluruh rantau Asia Pasifik mencerminkan kekuatan dan perpaduan pergerakan pengakap.

“Rantau Asia-Pasifik menjadi kediaman kepada lebih 35 juta belia dan lebih 220,000 sukarelawan dewasa, menjadikannya pusat kepada pergerakan pengakap global.

“Perhimpunan ini menunjukkan komitmen rantau kita terhadap pembangunan belia dan kepimpinan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelas Johari, pengakap bukan sekadar aktiviti lasak tetapi platform melahirkan pemimpin, membentuk watak serta memupuk semangat khidmat masyarakat.

“Malaysia sentiasa mengiktiraf peranan penting pergerakan pengakap dalam pembinaan negara dan pembangunan belia,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Zin pula berkata, sejarah Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1908 di mana pergerakan itu telah memainkan peranan penting dalam membentuk generasi belia yang bertanggungjawab dan berdisiplin.

“PPM terus komited dengan misinya melahirkan pemimpin dan inovator muda,” katanya.

Majlis Makan Malam APES, tambahnya, menjadi bukti semangat pengakap yang sentiasa hidup dan komitmennya untuk membina masa depan yang lebih cerah buat belia di seluruh dunia.

Jambori Pengakap Malaysia Ke-14 dan Jambori Keamanan IUMS Ke-8 akan bermula ari ni sehingga 27 Disember ini di Kuala Kubu Bharu, Selangor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast