Orang ramai dinasihatkan agar mengikuti saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggalakkan pemakaian pelitup muka atau penutup hidung dan mulut di kawasan umum, terutama sekali di kawasan yang sempit dan sesak.

Langkah itu perlu diikuti oleh individu terutama mereka yang bergejala selain mengelak daripada keluar rumah, kecuali untuk
urusan-urusan penting dan bagi mendapatkan rawatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sekiranya mereka perlu juga keluar daripada rumah, mereka perlu menggunaan penutup hidung dan mulut bagi mengelakkan virus tersebar kepada masyarakat umum.

“Seterusnya, pihak WHO juga menasihatkan pemakaian penutup
hidung dan mulut oleh anggota kesihatan di fasiliti kesihatan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast