KUALA LUMPUR – Penyanyi Tomok memilih nama Siti Khadijah buat anak ketiganya yang dilahirkan pada 4 Jun lalu.
Pengumuman itu dibuat anak Tomok di Instagram miliknya.
Sementara itu, isteri bekas vokalis Newz Boys, Rahayu Abas selamat melahirkan bayi seberat tiga kilogram itu secara normal selepas lima tahun menanti anak perempuan.
Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011.
Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun. – MalaysiaGazette