Keadaan rumah seorang warga emas yang terlibat dalam kebakaran di Pangsapuri Tulin, Taman Sri Jati, di ibu negara pagi ini. foto: Ihsan JBPM

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas terselamat daripada menjadi korban kebakaran apabila kediamannya musnah dijilat api dalam kejadian subuh pagi tadi.

Insiden berlaku di Pangsapuri Tulin, Taman Sri Jati, di ibu negara.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 6.29 pagi dan jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling dikejarkan ke lokasi.

Komander Operasi Mohd Suhaimi Mohd Razali berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian bersama enam anggota dengan segera bertindak dan menyelamatkan mangsa berusia 70 tahun itu.

“Kebakaran berlaku di sebuah bilik dalam rumah itu dan api berjaya dikawal pada 6.50 pagi.

“Mangsa tinggal sendirian, cedera di lutut dan trauma, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, api dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 7.30 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast