Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meluangkan masa melawat ruang pendaftaran kakitangan KWSP semasa mengadakan lawatan kerja ke KWSP di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 12 JUN 2020

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Putrajaya tidak perlu untuk memohon dividen khas kepada Petronas untuk menggerakkan peruntukan ransangan ekonomi sempena penularan Covid-19.

Beliau berkata; “Tidak ada rancangan buat masa ini (untuk memohon dividen khas Petronas).

Dalam pada itu, katanya, Putrajaya tidak perlu meminjam dari negara luar untuk membuat serang pinjaman daripada luar negara atau mengeluarkan bon mata wang asing.

Langkah itu difikirkan tidak perlu berikutan aliran wang dalam negara yang mencukupi bagi menampung keperluan program Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Kita tak nanpak sebarang alasan untuk berbuat demikian. Walaupun kita ada ruang untuk pinjam daripada luar negara,” katanya lagi.

Jelas Tengku Zafrul, negara mempunyai kapasiti 15 peratus untuk meminjam wang daripada luar negara.

Katanya lagi, kerajaan menggunakan pinjaman tempatan dengan memanfaatkan pasaran bon tempatan, terutamanya Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII).

Untuk rekod, kedua-dua pakej PRIHATIN dan PENJANA bernilai RM295 bilion dengan RM45 bilion dalam bentuk suntikan fiskal langsung. – MalaysiaGazette