Seorang warga emas pulang hampa apabila niat untuk menunaikan solat Jumaat buat pertama kali sejak hampir tiga bulan tidak tercapai kerana Masjid Negara masih belum dibuka hari ini.
Pesara swasta, Amiruddin Adnan yang tiba awal sebelum pukul 1 petang berasa terkilan apabila dimaklumkan semua aktiviti di masjid itu ditangguhkan bermula 10 Jun hingga 17 Jun ini kerana berada dalam zon kuning.
Beliau yang datang dari Kampung Pandan memberitahu terlebih dahulu pergi ke masjid di Pandan Indah namun diberitahu semua masjid di Selangor belum dibuka sepenuhnya. Bagi masjid yang dibuka di negeri itu katanya, jemaah yang boleh menunaikan solat Jumaat hanya mereka yang mendaftar diri secara atas talian lebih awal.
Yang bermaustatin dan ahli kariah pun susah hendak solat berjemaah,ini kan pula warga asing. Itu pun ada lagi NGO yang tidak puas hati, banyak bersabar utamakan ahli kariah dan maustatin dulu, bukan untuk musafir atau warga asing yang pasti apabila cukup masa mereka pasti akan pulang ke negara asal.