KUALA LUMPUR – Satu kejutan dijangka bakal berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang ini apabila seorang pemimpin yang juga wakil rakyatnya dikatakan akan mengumumkan keluar parti.
Menurut sumber terdekat, Timbalan Ketua Wanita PKR, Dr. Daroyah Alwi yang sebelum ini dituduh penyokong kuat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dikatakan akan mengumumkan kedudukannya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa itu akan mengumumkannya pada sidang media khas di sebuah hotel di Shah Alam, kira-kira jam 2 petang ini.
Tindakannya itu dikuatkan lagi dengan desakan Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) PKR pada Mac lalu, agar Daroyah dan ketuanya, Haniza Mohd Talha menyatakan pendirian secara jelas mengenai sokongan mereka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan media MPWP pada 4 Mac lalu turut menyatakan, desakan itu dibuat berikutan terdapat beberapa ahli majlis yang dilihat memberi sokongan kepada Mohamed Azmin serta Zuraida.
Sementara itu, MalaysiaGazette turut menerima jemputan sidang media khas Dr. Daroyah dan Wanita Selangor di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam petang ini. –
Akibat lompat parti dalam kalangan pemimpin politik selepas peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, empat negeri bawah Pakatan Harapan (PH) telah bertukar kepimpinan kepada PN.
Negeri itu ialah Johor, Melaka, Perak dan Kedah, manakala Selangor juga disebut-sebut termasuk dalam senarai perubahan pimpinan. – MalaysiaGazette
syukur yb
Nasib lah PKR…PRESIDEN PARTI tak tegas..ada cancer lama dah dlm parti..tak ada telor nak pukol cuci kasi licin…tengok TSMY nampak saja diam..tun mahathir di buangnya sama 4 ahli parlimen lagi..tun m dulu2 pun gitu jugak…kita dah Presiden tak kira lah kita betul ke tidak..nampak saja lawan kasi sapu saja..tu cara org hebat politik…lembek sgt…jawatan PM yg dalam poket pun.melayang…
Tahniah kpd semua yg keluaq PKR..
Tahniah! langkah bijak..toksa layan lah..sibuk cakap psl mandat rakyat bagai..padahal geng2 UPKO yg lompat masuk Warisan tak berani kritik plak..semua hipokrit
Hukum karma kerana memfitnah DSNR membunuh Altantuya.mujarab juga sumpah laknat najib di masjid kampung baharu kl yg lalu.mungkin ramai lagi yg sangkut dengan sumpah laknat itu selagi tidak meminta maaf kepada DSNR Sebelum terlambat.kita tak tahu bila akan dijemput untuk berpindah secara kekal disana.