Ahmad Zulqarnain Onn

KUALA LUMPUR – Ahmad Zulqarnain Onn disebut-sebut bakal dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang baharu.

Pada masa ini beliau adalah Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Beliau juga adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin Nasional Berhad.

Nama Ahmad Zulqarnain Onn tiba-tiba ‘hangat’ selepas Abdul Jalil Rasheed dikhabarkan akan meninggalkan kerusi panas yang didudukinya sejak 1 Oktober tahun lalu.

Artikel berkaitan:PNB bakal dapat peneraju baharu?

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada PNB mahu pun Pejabat Perdana Menteri.

Bagaimanapun, spekulasi penamatan Abdul Jalil sudah berlegar dalam pasaran sejak Jumaat lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast