Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan antara tiga individu yang disahkan positif kes import melibatkan warga tempatan hari ini.

Ia salah satu daripada 41 kes positif Covid-19 dikesan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, ketiga-tiga individu kes import itu melibatkan mangsa baru sahaja balik dari Singapura sebelum disaring dan disahkan positif.

“Seorang adalah pelajar perempuan berusia 13 tahun, seorang lelaki berusia 54 tahun dan berjawatan penyelia di sebuah syarikat di negara republik itu manakala seorang lagi adalah bayi berusia sembilan bulan,” katanya dalam sidang media perkembangan harian Covid-19 di kementeriannya hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Noor Hisham berkata,  sebanyak 38 lagi kes jangkitan tempatan iaitu enam kes dalam kalangan warga negara dan 32 bukan warganegara.

Perincian kes warganegara enam orang itu adalah kes membabitkan satu kes Acute Raspiratori Infection iaitu lelaki warga emas berusia 69 tahun dan keduanya kes kontak rapat kes positif kes ke-8,294 iaitu wanita berusia 64 tahun dan
pe;ajar tahfiz berusia 17 tahun di Negeri Sembilan dan di Sabah ada satu kes positif wanita berusia 31 tahun kontak rapat wanita warga emas yang meninggal dunia di rumah iaitu pesakit berumur 96 tahun.

“Di Melaka ada kes kontak rapat kes ke-7,817 iaitu wanita berumur 43 tahun dan satu lagi kes saringan Madrasah Al-Tahsiah melibatkan pelajar berumur 16 tahun saringan madrasah yang sama.

“Dalam 32 kes bukan warganegara, sebanyak 14 kes adalah dari Depoh tahanan Imigresen Bukit Jalil, sembilan warga Myanmar dan empat ialah warga Indonesia dan satu Vietnam, 15 kluster di Pedas iaitu 14 ialah Nepal dan satu warga Myanmar.

“Kluster syarikat pembersihan melibatkan warga Bangladesh, satu lagi ke juga saringan memulakan kerja di Kuala Lumpur melibatkan warga Bangladesh yang kesemuanya 32 kes bukan warganegara,” tegasnya. – MalaysiaGazette