Kenyataan LHDN butiran waktu operasi kaunter duti setem di setiap negeri.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDM) memaklumkan waktu operasi Kaunter Duti Setem di Pejabat Setem Cawangan (PSC) dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) di tujuh buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibuka dari Isnin hingga Jumaat.

Bagaimanapun waktu operasi dari Isnin hingga Khamis untuk pejabat Setem Cawangan adalah bermula 8 pagi hingga 5 petang manakala Pusat Khidmat Hasil pula dibuka dari 8 pagi hingga 1 tengahari dan akan disambung dari 2 hingga 5 petang.

Manakala pada Jumaat operasi kaunter PSC akan dibuka mulai 8 pagi hingga 12.15 tengahari dan disambung dari 2.45 petang hingga 5 petang disamping Pusat Khidmat Hasil pula akan beroperasi dari 8 pagi hingga 12.15 tengahari dan 2.45 petang hingga 5 petang.

Operasi kaunter duti setem mengikut negeri oleh LHDN

Bagaimanapun urusan penerimaan bayaran hanya dibenarkan sehingga 3.30 petang sahaja kecuali di PKH Tampin, Jasin,( sehingga 1 tengahari sahaja).

Untuk empat lagi negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu kaunter PSC akan beroperasi dari Ahad hingga Rabu bermula 8 hingga 5 petang manakala pada Khamis pula dibuka dari 8 pagi hingga 1 tengahari dan 2 hingga 3.30 petang.

Bagi urusan Pusat Khidmat Hasil pula, boleh berurusan antara 8 pagi hingga 1 tengahari dan 2 petang hingga 5 petang dari Ahad hingga Rabu tetapi untuk Khamis waktu operasi adalah dari 8 pagi hingga 1 tengahari dan 2 hingga 3.30 petang.

Namun penerimaan bayaran hanya dibenarkan sehingga 3.30 petang kecuali PKH Mersing dan Baling iaitu hanya sehingga 1 tengahari.

Untuk negeri Sarawak pula waktu operasi PSC ditetapkan 8 hingga 5 petang pada Isnin hingga Khamis dan pada Jumaat bermula 8 pagi hingga 11.45 pagi dan 2.15 petang hingga 5 petang.

Kaunter Pusat Khidmat Hasil pula beroperasi Isnin hingga Khamis dari 8 pagi hingga 1 tengahari dan 2 hingga 5 petang manakala pada Jumaat pula dibuka mulai 8 hingga 11.45 pagi dan 2.15 petang hingga 5 petang.

Operasi kaunter duti setem LHDN di setiap negeri.

Bagaimanapun penerimaan bayaran dibenarkan sehingga 3.30 petang sahaja kecuali di PKH Limbang dan Mukah sehingga 1 petang sahaja.

Waktu operasi di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga ditetapkan dari Isnin hingga Khamis bermula 8 pagi hingga 5 petang untuk khidmat duti setem di Pejabat Setem Cawangan disusuli pada Jumaat bermula 8 pagi hingga 11.30 pagi dan 2 hingga 5 petang.

Bagi PKH pula, waktu operasi adalah bermula 8 hingga 1 tengahari da 2 hingga 5 petang dari Isnin hingga Khamis.

Untuk hari Jumaat pula PKH akan beroperasi untuk orang ramai berurusan dari 8 pagi hingga 11.30 pagi dan 2 hingga 5 petang.

Waktu penerimaan bayaran pula ditetapkan sehingga 3.30 petang sahaja kecuali di PKH Kudat iaitu sehingga 1 tengahari sahaja.

Untuk sebarang maklumat lanjut orang ramai khususnya pelanggan LHDN, boleh melayari portal rasmi LHDM di www.hasil.gov.my.

Sebarang pertanyaan dan maklumbalas berkaitan perkara berkenaan boleh juga dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara);Hasil Live Chat;Borang maklum balas di portal rasmi http://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my dan di http://www.facebook.com/LHDNM atau Twitter http://twitter.com/LHDNMofficial

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast