Dr Mizan Mohammad Aslam

KUALA LUMPUR – Kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Rohingya secara berterusan akan merugikan serta membebankan rakyat di negara ini kerana terpaksa menanggung kos mereka sepanjang tempoh tahanan.

Penganalisis Kajian Strategik dan Keselamatan Negara, Prof. Madya Dr Mizan Mohammad Aslam berkata, kemasukan 269 lagi PATI Rohingya bermakna sindiket berjaya meraih untung lebih kurang RM4 juta dengan mengambilkira RM15,000 satu kepala.

“Yang untung adalah sindiket dan pengkhianat negara malah kapal sengaja dibocorkan enjinnya supaya tidak diusir kerajaan Malaysia.

“Yang rugi adalah kerajaan dan rakyat kita terpaksa menanggung makan minum perubatan mereka sehingga proses dokumentasi siap dilakukan tetapi setakat ini kerajaan Myanmar enggan menerima pelarian Rohingya.

“Kita belum dengar lagi ada PATI dihantar pulang ke Myanmar sebagaimana PATI dari Indonesia.

“Tambah membebankan, sebahagiannya adalah rakyat Myanmar dan Bangladesh yang mengakui mereka adalah pelarian Rohingya, menyebabkan kelompok ini akan berada lama di negara ini.

“Depoh kita sudah sesak dengan lambakan PATI, yang dibimbangi turut membawa wabak penyakit berjangkit seperti COVID-19 transit kepada rakyat kita pula,” katanya.

Terkini, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menerusi kenyataan media memberitahu kejayaan polis Johor menumpaskan 40 ahli sindiket penyeludupan PATI di wilayah itu sekaligus.

Rakyat mengalu-alukan dan menyokong penuh tindakan drastik kerajaan seperti itu sementelaah perniagaan ‘manusia’ terbabit telah mengaut keuntungan lebih RM60.48 juta dan menyeludup kira-kira 43,200 PATI sejak tahun 2014.

Sehubungan itu, Dr Mizan mahu satu polisi tegas dan berhemah perlu dilancarkan kerajaan bagi memberi signal atau amaran kepada warga asing khususnya Rohingya bahawa negara ini tidak akan ‘menjaga’ mereka sebagaimana persepsi mereka selama ini.

“Mengikut sumber keselamatan, pelarian Rohingya dimomokkan dengan cerita ‘asal dapat jejak masuk sahaja ke Malaysia’ semua ditanggung beres, persepsi ini menyebabkan mereka berpusu-pusu masuk ke negara ini.

“Polisi kemasukkan warga asing selepas ini melalui laluan udara atau mana-mana sempadan negara perlu diketatkan. Sekarang tempoh do or die untuk kerajaan,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tubuh RCI siasat ‘kehilangan’ warga asing, black out di KLIA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast