SALAH satu aksi PATI cuba melarikan diri semasa serbuan JIM di Klang baru-baru ini.-pix JIM

KUALA LUMPUR- Negara sekali lagi dikejutkan dengan kemasukan 269 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Rohingya di Langkawi baru-baru ini.

Setakat 7 Jun lalu, seramai 396 PATI, 108 tekong dan 11 penyeludup telah ditahan manakala seramai 140 PATI, enam tekong dan 22 buah bot telah diusir ketika cuba mencerobohi sempadan negara.

Bagaimanapun, siri pengesanan dan tangkapan PATI sehingga kini tidak nampak kemasukan warga China dan India walaupun jumlah mereka lebih besar iaitu lebih 100,000 telah memasuki negara sejak tahun 2016 tidak keluar dari Malaysia selepas itu.

Penganalisis Kajian Strategik dan Keselamatan Negara, Prof. Madya Dr Mizan Mohammad Aslam berkata, kerajaan perlu menyiasat perkara itu termasuk dakwaan berlaku black out selama tiga hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ia dipercayai ada unsur sabotaj kerana semua sistem pengesanan keluar masuk warga asing lumpuh.

“Secara hipotesisnya, dipercayai satu usaha terancang sedang dilakukan pihak tertentu untuk ‘mewarganegarakan’ kelompok ini.

“Pilihan raya semakin hampir, banyak desas desus yang disampaikan pelbagai pihak bahawa tanah-tanah turut dimiliki kelompok ini selepas mereka memperoleh dokumen kerakyatan, tidak kiralah bagaimana cara pun.

“Malah menurut sumber, kematian masyarakat China juga dipercayai tidak didaftarkan dan digantikan dengan warga China yang ‘hilang’ di Malaysia.

“Tanpa menuduh mana-mana pihak, kita minta kerajaan menyiasat perkara ini dan jika perlu Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI) diwujudkan bagi memberi jawapan kepada kebimbangan rakyat di negara ini,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dr Mizan bersetuju pelarian Rohingya satu isu akan tetapi isu PATI China dan India juga perlu diberikan perhatian yang lebih serius.

Lebih-lebih lagi ia dikaitkan dengan usaha pihak tertentu yang mahu menjadikan warga asing itu sebagai pengundi hantu menjelang pilihan raya umum kelak.

Sehubungan itu, RCI perlu diwujudkan untuk tahu apa sebenarnya berlaku pada hari black out di KLIA itu jika ia mampu merungkai misteri kehilangan ratusan ribu warga China dan India sebagaimana dilaporkan Ketua Audit Negara 2018.

“Jika kita boleh bertahan dengan ujian pandemik tanpa bergantung kepada pihak luar, maka kita juga boleh bertahan selepas ini,” katanya.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Pusat panggilan judi dalam talian diserbu, 15 warga China ditahan, peroleh keuntungan harian antara RM150,000 hingga RM200,000.

    TAHNIAH KEPADA HAMID BADOR DAN PASUKANNYA!

    Terus menggempur dan segera hantar balik pendatang2 ini!

    Kepada orang awam terus berikan kerjasama & maklumat kepada pihak polis.

  2. Siasat daftar undi semula dan pengesahan pendaftaran secara bandingan dengan rekod2 di jabatan pendaftaran negara bersama daftar kematian.

Comments are closed.