KUALA LUMPUR – Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Abdul Jalil Rasheed meminta orang ramai menghentikan membuat fitnah, termasuk mendakwanya cucu saudara kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dalam ciapan ringkas di Twitternya semalam, beliau menjawab pertanyaan seorang netizen dengan berkata, masyarakat mesti berhenti ‘membunuh’ (menjatuhkan karier) antara satu sama lain dengan (hasutan) negatif dan dusta.
Netizen yang memakai nama Khairul Anuar meminta kepastian, benar atau tidak belilau cucu saudara Tun Dr. Mahathir seperti disebarkan di blog dan komen liar?
Justeru, dengan jawapan Abdul Jalil itu sekali gus menjawab tuduhan pihak tertentu kononnya beliau mempunyai pertalian darah dengan bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh.
Nama Abdul Jalil tiba-tiba menjadi bualan hangat dan kontroversi di media apabila ada pihak mempertikaikan pelantikannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB pada 2019 lalu, di era kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Beliau juga dikaitkan sebagai cucu saudara kepada Dr. Mahathir dan disifatkan pelantikannya untuk menerajui PNB sebagai lantikan politik yang tidak berkaliber.
Berikutan desakan itu, beliau yang memegang jawatan berkenaan sejak 1 Oktober tahun lalu, mengumumkan peletakan jawatannya dalam PNB berkuatkuasa 15 Jun lalu.
Lembaga Pengarah dan Kumpulan Kepimpinan PNB telah menerima peletakan jawatan Abdul Jalil dan menyampaikan penghargaan kepadanya atas kepimpinan dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan bersama PNB.
“PNB mengucapkan selamat maju jaya kepada Jalil dalam semua usaha di masa hadapan. Lembaga Pengarah juga telah meluluskan pelantikan pengganti bagi jawatan berkenaan dan pengumuman akan dibuat setelah menerima kelulusan daripada pihak kawal selia,” kata PNB dalam satu kenyataan.
Abdul Jalil mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif paling muda dalam sejarah PNB sejak syarikat pengurusan dana itu ditubuhkan pada 17 Mac 1978.
Jalil memulakan kerjayanya pada 2003 sebagai pelatih graduan di Aberdeen Standard Investments dan kemudian dilantik sebagai Pengurus Pelaburan dan seterusnya Ketua Ekuiti sebelum menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Aberdeen Islamic Asset Management pada 2010. – MalaysiaGazette
Kalau bukan cucu saudara di ada kaitan dengan kroni lah. Tun daim ke atak kadir jasin.
MI jangan tuduh ikut suka hati mu Batu apir. Eloklah mu gelar diri mu batu api. Samada kroni atau bukan kroni yang penting Jalil seorang berkelayakan, berpengalaman bijak dan terpelajar. Bukan bodoh dan jahat macam parti rasuah Dan parti Tok Lebai munafik atau macam diri mu.
Kalau ada keraguan perlu kita selidik. PNB asetnya itu berbillion2. Kerajaan sekarang perlu lihat semula apa yang sudah berlaku dalam KWSP, Tabung Haji, Khazanah, dan lain-lain aset kerajaan semasa PH memerintah. Rata-rata rakyat Malaysia, khususnya orang Islam mengeluh apa yang berlaku pada masa itu. Besar kemungkinan sekiranya PH memerintah hingga ke hujung penggal (5 tahun), ekonomi orang Islam mungkin sudah dirosakkan. Pemimpin-pemimpin Islam dalam PH tidak boleh dipercayai. Saya menragui, sejauh mana parti Amanah itu benar-benar amanah dan takut pada Tuhan. Sebenarnya, mereka itu adalah agen/broker bagi DAP dan sesuatu kaum tertentu untuk membeli harta orang-orang Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Mereka ini boleh dikatakan sebagai pengkhianiat bangsa, gila kuasa dan tamak kekayaan dunia. Dalam bahasa Inggeris, kata orang putih “They have sold their souls to the enemies of Islam”(Mereka sudah menyerah jiwa mereka kepada musuh-musuh Islam”.