BALAKONG – Kerajaan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya membuktikan dakwaan kerajaan Pakatan Harapan yang negara hampir bangkrap tidak benar.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, keupayaan dan kebijaksanaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguruskan dan mengumumkan bantuan dan skim rangsangan pemulihan ekonomi sepanjang Covid-19 sejak 18 Mac lalu telah memecahkan tembeleng sebenar Tun Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng.
“Kerajaan memberikan bermacam-macam bantuan kepada rkayat termasuk dalam keadaan Covid-19 di bawah pemerintahan Perikatan Nasional dan rakyat sudah senang hati sekarang dan sangat teruja.
“Kerajaan menunjukkan keprihatinan kepada rakyat dengan berbagai-bagai dorongan,bantuan, skim pemulihan ekonomi, Bantuan Prihatin Nasional membuktikan bahawa kerajaan kita ada wang.
“Tidak seperti mana dulu punya menteri kewangan (Guan Eng) sebut, kita nak bangkrap..kita tidak ada wang,kalau benar cakap dia,takkanlah Perdana Menteri (Muhyiddin) boleh keluarkan begitu banyak bantuan boleh diumumkan untuk rakyat,” katanya.
Beliau ditemui selepas pelancaran Data Google Maps Rapid Bus di Kompleks Rapid Bas Cheras Selatan hari ini.
Ujar Tajuddin, sepanjang tempoh PKP Covid-19 dan sekarang, Menteri Kewangan bawah kerajaan PN, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bersifat terbuka mendedahkan kerajaan tidak ada masalah menyuntik bantuan kewangan untuk menyelamatkan rakyat.
“Dalam tempoh Covid dan sekarang pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah keseluruhan RM260 bilion disuntik kerajaan untuk memulihkan keadaan..Dia cakap (Zafrul) kita ada wang untuk buat semua bantuan kepada rakyat.
“Ini membuktikan Lim Guan Eng dan Mahatir menipu kita berhutang lebih RM1 trilion dan tidak mempunyai wang dan melemparkan tohmahan terhadap kerajaan BN terdahulu merompak wang sebagainya.
“Sekarang dibuktikan tidak benar oleh kerajaan PN dengan menyuntik dana pemulihan untuk rakyat. Mahathir sanggup tipu dan pergi merata dunia dan pinjam bon samurai Jepun dan sebagainya dan rakyat ini sudah tahu rupa sebenar mereka,” tegasnya.-MalaysiaGazette
Kerajaan PN tetap yg yerbaik walau belum ada pembangunan tapi setiap kata pasti akan di laksanakan. inilh namanya kerajaan MALAYSIA YG SEBENAR. BUKAN SEPERTI YG SEBELUMNYA..
Tq TUN yg bertungkus lumus mmbawa blik duit rakyat
Bye ATUK95…. you being rejected by pkr outright.
Dok umah…. menghadap Kiblat Mohon diampunkan dosa serta bertaubat