KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Selatan, Sharim Mat Zin dinamakan sebagai calon bagi Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil, Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.
Pengumuman dilakukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebentar tadi.
Ketika membuat pengumuman itu, Wan Rosdy berkata, pemilihan Sharim untuk bertanding dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak yang merupakam pemimpin UMNO peringkat Parlimen kawasan itu.
Katanya, ia turut mendapat kesepakatan daripada pimpinan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
Sharim adalah calon muda bagi PRK berkenaan dan merupakan anak tempatan.
PRK DUN Chini diadakan selepas penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur kerana serangan jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Chini pada 4 Julai dengan 20 Jun ini sebagai hari penamaan, manakala hari pengundian awal pada 30 Jun.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, manakala calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065). – MalaysiaGazette
Tahniah bang !!!!