Wartawan menunjukkan cara bagaimana sistem Punchcard digunakan secara real time boleh tahu berapa jumlah lebih masa kerja (OT) dan jumlah kurang masa kerja (UT) secara harian dan bulanan

KUALA LUMPUR – Satu sistem maklumat merekod, mengurus dan mentadbir maklumat berkaitan kehadiran pekerja dibangunkan sebagai solusi majikan mengetahui sejauh mana masa bekerja diguna oleh kakitangannya di pejabat.

Malah sistem yang sama juga boleh memantau kakitangan yang bekerja dari rumah – amalan yang semakin banyak dipraktikkan semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Pembangun sistem berkenaan yang mahu dikenali A.Hamid YZ berkata, keperluan maklumat kerja overtime (OT) sudah biasa menjadi amalan standard tetapi bukan untuk kerja undertime (UT).

“OT adalah berkaitan dengan kerja lebih masa dan pekerja dibayar mengikut kadarnya yang tertentu. UT adalah sebaliknya iaitu berkaitan dengan pekerja yang bekerja tidak cukup masa bekerja minimum yang diperlukan.

“Misalnya gaji bulanan adalah berdasarkan kerja lapan jam sehari tetapi bagaimanakah dengan pekerja yang tidak cukup lapan jam sehari?

“Dalam peribahasa Melayu itu disebut ‘curi tulang’. Dalam ajaran Islam, al- Quran pula itu dikira pendapatan haram,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Contoh paparan skrin sistem mengesan OT dan UT pekerja.

Dalam pada itu, tambah A. Hamid, oleh kerana perilaku ‘curi tulang’ sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan hari ini maka adalah juga menjadi fardhu kifayah sistem berkenaan memberikan penyelesaian bagi mengatasinya.

Dengan sistem punch card ini, pekerja yang melakukan OT terlebih dahulu diambil masa bekerjanya dan memenuhkan keperluan gaji pokoknya.

“Selebihnya barulah boleh dikira sebagai OT. Bagaimana pula kerja pun tidak cukup masa tetapi hendak dituntut atau dibayar sebagai lebih masa?

“Sistem ini telah dibangunkan sejak tahun 2011 ketika era sibuk dengan punch card namun sehingga kini dilihat masih relevan masih tidak dipraktikkan.

“Akibatnya syarikat atau agensi berkenaan menanggung kerugian yang tidak disedari. Hak pekerja mendapatkan gaji minima tetapi hak majikan mendapatkan masa kerja minimum,” katanya lagi.

A. Hamid berkata, satu lagi isu terbaharu ialah kempen untuk hidup dalam norma yang baharu sejak perlaksanaan PKP bagi membendung Covid-19 yang menyukarkan majikan merekodkan masa bekerja dari rumah juga boleh diatasi.

“Norma baharu, pekerja dibenarkan bekerja di rumah. Keuntungan atau perjalanan syarikat atau agensi adalah bergantung secara terus dengan jumlah jam pekerja bekerja.

“Adakah saranan bekerja di rumah ini boleh dilaksanakan secara praktikaliti dan realiti? Kerugian yang tidak disedari ini lebih besar jika bilangan pekerja yang lebih ramai dan berselerak seperti pekerja kontrak atau di premis besar yang masuk keluar kerjanya sukar untuk dilihat,” katanya.

Tambahnya, rekod penggunaan sistem itu menunjukkan penggunaannya tidak disukai oleh mana-mana pihak yang curi tulang tetapi memang digemari oleh majikan.

Bagaimanapun jika pihak majikan turut sama suka ‘curi tulang’ kemungkinan besar akan menolak untuk menggunakan sistem yang dibuatnya itu.

Setakat ini, sistem diberi percuma kepada Industri Kecil dan Sederhana dan golongan pendapatan rendah B40.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Yati di talian 019-3982700.– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast