CHINI – “Masih kekok dengan norma baharu dalam kempen.”
Itu luahan hati calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin ketika berkempen di Pasar Tani Kekal Chini hari ini.
Bekas Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pekan itu berkata, dia kadangkala terlupa mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Setakat ini baik walaupun kadangkala ada yang terlupa juga yang perlu social distancing dan pakai penutup mulut dan hidung serta basuh tangan pakai sanitizer.
“Kita sudah lama dengan cara biasa dan ia tiada dalam adat kita macam dulu-dulu. Pada pandangan saya sudah ramai yang ikuti norma baharu ini.
“Bagi saya, mula-mula janggal sedikit kerana tiada kebiasaan lagi tetapi lama kelamaan ia perlu diikuti demi kebaikan diri sendiri dan masyarakat,” katanya dalam walkabout di Bandar Chini hari ini.
SPR semalam menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dimana semua calon tidak dibenarkan turut kempen melebihi tiga orang bagi setiap kempen dan ziarah rumah ke rumah dalam proses bertemu pengundi.
Malah, mereka semua perlu memakai penutup mulut dan hidung, serta mengamalkan penjarakan sosial satu meter.
Ini hari kedua bagi ketiga-tiga calon dalam siri kempen PRK DUN Chini.
Tengku Zainul Hisham berdepan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain dan satu lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli.
PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur, akibat serangan jantung, dan SPR menetapkan 20 Jun ini sebagai hari penamaan calon, dan 4 Julai sebagai hari mengundi. – MalaysiaGazette
Insyallah tengju dato
Yang utama suara rakyat chini ..berubah untuk kemajuan
Amin ya allah
Tengku ni calon bebas, apa boleh dia buat? Aku rasa dia akan hilang depositnya. Lebih baik guna duit tu beli durian dan belanja kawan2!