CHINI – “Kamu (wartawan) ada nombor telefon Tun Mahathir? Saya nak hubungi dia” kata calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri DUN Chini, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin.
Beliau berasa bangga setelah mendapati dirinya disokong oleh bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRK kali ini.
“Alhamdulillah, Tun Dr Mahathir sokong saya walaupn saya tak pernah jumpa dia. Saya bangga disokong negarawan. Mesti ada sebab tertentu Tun sokong saya.
“Saya nak telefon dia, tak ada nombor,” katanya kepada media selepas mengadakan kempen pilihan raya di Kampung Jering, Chini hari ini.
Kampung itu merupakan salah satu tempat penempatan Orang Asli di Chini.
Semalam, Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri mengumumkan sokongan peribadinya kepada anak kepada bekas ADUN Bandar Pekan, Allahyarham Datuk Shamsiah Abdul Hamid tersebut.
Dalam pada itu, Zainul Hisham berkata, beliau masih belum menerima surat pemecatan daripada Bersatu.
Beliau berkata pemecatannya itu hanya diketahui menerusi satu surat pemecatan bertarikh 22 Jun, tular di media sosial.
Malah beliau berkata, pemecatannya itu hanya diketahui menerusi satu surat pemecatan bertarikh 22 Jun yang tular di media sosial.
Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya semalam berkata keahlian Zainul Hisham digugurkan serta merta daripada parti itu.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin berkata, parti itu tidak akan meletakkan calon sebaliknya seluruh jentera Bersatu akan digerakkan untuk memastikan kemenangan calon dari sekutu barunya dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu BN.
SPR menetapkan PRK DUN Chini, Pahang pada 4 Julai ini dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 20 Jun manakala tarikh mengundi awal pada 30 Jun.
PRK julung kali diadakan dalam musim pandemik Covid-19 itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, pada 7 Mei lalu dipercayai akibat serangan jantung. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Pasti berbangga sebab wang deposit akan hilang. Lebih baik kibar bendera putih lebih awal.
Dengan berbangga sahaja tidak akan dapat mengubah apa2?
Apa2 pun pilihanraya kechil ini boleh jadi tool penting untuk tengok populariti?
Selamat mengundi!
Bangga terhadap tun m sikit2 pudar sbb perangai beliau sendiri.
Soru dah dapat. Diri sendiri dah diperalatkan. Lepas ni tinggal jadi statistik je. Untuk duit prinsip ke habuk ke tolak belakang. Yang bahayanya org begini menggadaikan bangsa dan agama tak secara lansung. Tapi pikir apa duit dah dapat. Di akhirat pandai2lah jawab.
Bontot lu lah tak ada phone number Madey…berlakon biar real sikit. Madey yg mau lu masuk bertandinglah, semua orang tau… ini kerja Enam Jahanam (ex ahli BERPECAH MPs and chief propaganda Pak Pandir and financed by Pak Diam) to sabotage TSMY
Ramai lagi Benggali mahacai2 Dinasour Tua kata Mufti Perlis