Golongan kartunis di negara ini mengambil kesempatan menjadikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai peluang untuk mengembangkan karya masing-masing.
Malah, arahan itu bukanlah halangan sebaliknya, ada dalam kalangan mereka yang menjadikan sekatan tersebut sebagai satu cara untuk memberikan khidmat kepada masyarakat.
Sebagai contoh, kartunis Ahmad Hilmy Abdullah memberitahu, beliau berjaya menghasilkan kira-kira 100 lukisan karya kartunnya sepanjang tempoh PKP yang penuh dengan nasihat dan teladan.
Katanya, sebagai seorang kartunis beliau mempunyai cara sendiri untuk menyampaikan nasihat kepada orang ramai berhubung sekatan yang dikenakan kerajaan itu.