Selepas menjangkakan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) akan diadakan penghujung tahun ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menjangkakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini adalah pilihan raya terakhir.
Justeru itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rantau berkata semua parti komponen dalam Muafakat Nasional harus bersiap sedia bagi menghadapi PRU15, kelak.