Ronnie Liu.

KUALA LUMPUR – Bosan dengan ‘taktik’ Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggunakan isu perkauman bagi kembali mendapatkan sokongan serta undi masyarakat Melayu.

Ahli Jawatankuasa Pusat DAP (CEC) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg Pelek, Ronnie Liu melahirkan rasa kecewa serta muak dengan cara bekas Perdana Menteri itu menggunakan isu perkauman pada pada masa mengikut kehendaknya.

Ronnie berkata, pada hakikatnya isu perkauman sudah tidak boleh diguna pakai seperti yang sering dilakukan oleh Dr. Mahathir bagi mendapatkan sokongan tertentu terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu.

“Tun Mahathir buat hal lagi. Beliau gunakan helah lamanya dapatkan sokongan Melayu. Ini bukanlah kali pertama beliau salahkan kekayaan orang Cina sebagai satu jenayah. Siapa yang cuba beliau perbodohkan ini?

“Atau adakah anda fikir orang Melayu mudah tertipu sehingga dengan membuta menyokong kamu kembali dengan cara menentang antara rakyat Malaysia?

“Tidakkah kamu sedar apa kamu sering ungkapkan ini menyakitkan hati kaum Cina? Kamu selalu sangat cakap Melayu malas, tidakkah itu sebenarnya menyakitkan mereka juga?

“Berhentilah panggil Melayu malas kerana kamu sendiri itu bukanlah kebenarannya.

“Kamu sebenarnya pecah belahkan perpaduan dalam kalangan warga Malaysia ikut suka kamu selama ini. Kamu sepatutnya memohon maaf kerana suka ungkapkan kata-kata mengguris perasaan sesuka hati,” katanya dalam laman Facebook hari ini.

Menurut Ronnie, tuduhan Dr. Mahathir bahawa masyakat Cina semuanya kaya-kaya belaka itu sebenarnya tidak betul dan tidak lebih daripada menyebabkan perpecahan antara rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Siapa yang tidak tahu bahawa ramai juga dalam kalangan masyarakat Cina tidak kaya sebenarnya? Orang Cina juga menjadi kaya selepas berusaha berpuluh tahun dengan kerja keras, keringat dan airmata.

“Ketika ini, ramai dalam kalangan kaum Cina sedang berhempas pulas berjuang teruskan kehidupan mereka antaranya kerana Covid-19 dan ketidakstabilan pentadbiran pada masa ini. Malah 800,000 pengganggur pada masa ini juga antaranya adalah kaum Cina.

“Kekayaan dan sifat malas itu mempunyai banyak sebab dan alasan serta tidak berkaitan dengan perkauman seperti dakwaan Tun Mahathir,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Sedar pun ko apek komunis..
    Apa kata ko n kwn2 dap/dog pun stop burukkan kerajaan skrg. Specially atuk lim kit sial n anak Nye tu

  2. Cakaplah melayu bodoh. Sebab tu selama 22 tahun jadi pm 4 dan 22 bulan jadi PM7 asyiklah kena tipu dengan Madey. Bukan MELSYU MUDAH LUPA.tapu MELAYU MUDAH PERCAYS dan MELSYU MUDAH KENS TIPJ. Pesanan pada orang Melayu kalau jumpa orang yang menyerupa anjing ludah pada muka dia untuk buang sial.

Comments are closed.