Keputusan representasi bagi menggugurkan kes seorang wartawan wanita yang didakwa membuat kenyataan berhubung isu COVID-19 di laman sosial Facebook miliknya ditetapkan pada 13 Ogos ini.
Majistret Tawfiq Affandi Chin menetapkan tarikh tersebut pada sebutan semula kes tertuduh, Wan Noor Hayati Wan Alias atau dikenali Ibu Yati di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Terdahulu, Wan Noor Hayati didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.