KUALA LUMPUR – Bintang televisyen Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian bakal bergelar bilionair selepas bersetuju menjual 20 peratus pegangan saham dalam syarikat produk kecantikannya, KKW Beauty kepada syarikat dikenali sebagai Coty.
Perjanjian bernilai RM857 juta itu melayakkan Kim bergelar antara individu yang berjaya meraih status bilionair.
Kim dilaporkan sebagai berkata, perjanjian kerjasama itu akan memberikannya lebih ruang untuk mendapatkan idea kreatif bagi memasarkan produknya ke seluruh dunia.
Dalam pada itu, Coty syarikat yang memasarkan produk kecantikan dan kesihatan kulit itu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap produk kecantikan rambut, kulit, dan kuku di bawah jenama milik Kim, KKW Beauty.
“Dengan pengaruh Kim serta kepakaran kami dalam bidang kecantikan, kami akan bersama-sama menubuhkan sebuah jenama kecantikan terkemuka dan berdaya saing,” kata wakil Coty.
Laporan Forbes yang diterbitkan pada bulan lalu berkata, nilai aset kekayaan yang dimiliki Kim adalah sebanyak AS$49.5 juta (RM212 juta).-MalaysiaGazette