Tinggal kurang 24 jam sehingga Hari Mengundi bagi Pilihanraya Kecil N 23 Chini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melakukan taklimat dan penyediaan peralatan mengundi bersama Ketua-Ketua Pusat Mengundi di Dewan Utama Institut Kemahiran Belia Negara Pekan.
Dalam sidang media bersama Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, beliau menyarankan agar semua 20,816 pengundi membawa dan memakai pelitup hidung dan mulut sendiri, walaupun pihak SPR menyediakan kelengkapan tersebut bersesuaian dengan SOP norma baharu bagi proses pilihanraya.